KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama adiknya ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana dihentikan sementara pada 12 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata keputusan itu dibuat berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap serta arus sungai yang deras, selain demi keselamatan pasukan SAR.
"Operasi telah dijalankan sepanjang hari ini dengan bantuan orang awam dan akan disambung semula pada 8 pagi esok," katanya malam tadi.
Beliau berkata operasi SAR yang bermula sejak 6.50 petang semalam melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dibantu penduduk setempat.
Setakat ini, seorang daripada mereka yang berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang selepas ditemukan pasukan SAR pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh.
-- BERNAMA