Skip to main content

Malaysia

Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik Pengerusi Suhakam baharu

41720173852_MohdHishamudinYunu.jpg
PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suhakam 1999 (Akta 597).

Mohd Hishamudin, 75, menggantikan Profesor Datuk Rahmat Mohamad, 64, yang meletak jawatan secara sukarela berkuat kuasa 31 Ogos lepas.

Rahmat menjawat jawatan berkenaan bermula 22 Jun 2022.

-- BERNAMA

Must Watch Video