Skip to main content

Malaysia

MKN terima ancaman keselamatan terhadap fasiliti LNG termasuk di Bintulu

61629630868_MajlisKeselamatanN.jpg
KUCHING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin mengeluarkan amaran bahawa pihaknya telah menerima pemakluman berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti-fasiliti Gas Cecair Asli (LNG) di dalam negara, khususnya di Bintulu.

Menerusi satu kenyataan media, MKN telah mengarahkan semua fasiliti LNG yang beroperasi di sekitar Bintulu untuk memperketatkan kawalan keselamatan serta-merta buat sementara waktu.

“Ini untuk membolehkan pihak keselamatan dan pihak bertanggungjawab melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman tersebut.”

MKN turut mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan perkembangan situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Agensi-agensi keselamatan negara kata kenyataan itu lagi, kekal bersedia berdepan dengan kemungkinan dan telah mengambil langkah-langkah kawalan terhadapan ancaman keselamatan.


Must Watch Video