ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 April 2026.
1. KDNK: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.3 peratus pada suku pertama 2026
Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026, walaupun mencatat kadar pertumbuhan yang lebih sederhana berbanding 6.3 peratus pada suku keempat 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
2. Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.7 peratus pada Mac 2026
Kadar inflasi Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, lebih tinggi berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dengan indeks harga pengguna (IHP) meningkat kepada 136.4 mata berbanding 134.1 mata pada Mac 2025.
3. Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya
Seorang pemandu bas dan kekasihnya dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jasin hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya minggu lalu.
4. PM Anwar nafi dakwaan Malaysia jual minyak kepada Australia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan segelintir pihak yang mendakwa kerajaan menjual bekalan minyak kepada Australia ketika dunia sedang berdepan isu ketidaktentuan bekalan tenaga.
5. Insiden tembak: AKPS bakal dilengkapi senjata tahun ini
Kerajaan bersetuju bahawa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) perlu dipersiapkan dengan keperluan persenjataan, dengan pengumuman mengenainya dijangka dibuat sebelum hujung tahun ini.
6. Kebersihan sekolah: Semua pelajar termasuk golongan bangsawan harus terlibat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menasihati ibu bapa untuk melatih anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti kebersihan di sekolah mereka.
7. Penjajaran semula sempadan: Malaysia hilang 123 hektar tetapi dapat 780 hektar
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan bahawa hanya 123 hektar yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi wilayah Indonesia, bukan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
8. Tiada halangan potong gaji menteri jika ekonomi semakin meruncing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbuka dengan cadangan memotong gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi semakin meruncing.
9. Insiden tembak: AKPS bakal dilengkapi senjata tahun ini
Kerajaan bersetuju bahawa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) perlu dipersiapkan dengan keperluan persenjataan, dengan pengumuman mengenainya dijangka dibuat sebelum hujung tahun ini.
10. Hishammuddin, KJ, Syed Hamid bersama 6,252 ahli sah kembali kepada UMNO
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO meluluskan permohonan kemasukan semula beberapa figura utama termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar bersama 6,252 bekas pimpinan serta ahli di seluruh negara.