Skip to main content

Malaysia

MH370: Aset ketenteraan terpaksa berpatah balik susulan cuaca buruk

41395362292_295x200.jpg
Aset ketenteraan yang terbabit dengan misi pencarian terpaksa berpatah balik ke Perth susulan cuaca buruk.

Operasi SAR pada Khamis bermula pagi, mengunakan enam pesawat tentera, 5 pesawat awam dan 5 kapal.

Misi meliputi kawasan seluas 78,000 kilometer persegi.

Misi mencari dan menjejak turut membabitkan petunjuk yang dikongsikan bersama agensi ‘remote sensing’ Malaysia.

Kapal HMAS Succes yang sudah berada di lokasi carian, sekitar 2,500 dari Perth, akan disertai empat kapal China, Xue Long, Kuulunshan, Haikon and Qiandaohu.

Turut terbabit, dua pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah jet Gulfstream, sebuah pesawat P8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika dan sebuah P3 Orion milik Jepun.

Must Watch Video