Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing, Johor esok

41648481708_AirPapan.jpg
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi esok.

MetMalaysia menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan.

-- BERNAMA

Must Watch Video