Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia keluarkan nasihat Lekukan Tropika

61753849511_MetMalaysia.jpg
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada 8 malam yang dikesan berlaku pada latitud 17.2 utara dan longitud 110.8 timur kira-kira 303 kilometer (km) ke timur laut Da Nang, Vietnam.

Menurut kenyataan itu lagi, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat, kira-kira 1,318km ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia setakat ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video