IPOH: Semakin menghampiri 1 Syawal, kemeriahan sambutan menjelang Aidilfitri dengan orang ramai yang membanjiri lokasi tumpuan terutama di pusat membeli-belah bagi mendapatkan barangan persiapan dirasai di seluruh negara, dan tidak terkecuali di Perak.
Justeru itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris memberi nasihat, di sebalik kemeriahan tersebut, masyarakat diingatkan supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dikekang.
Menurut beliau, keterujaan untuk meraikan Aidilfitri wajar datang bersama rasa yang tinggi supaya semua dapat mengelakkan penularan wabak berkenaan menjelang lebaran awal bulan depan.
"Kita tahu bahawa ‘mood’ hari raya pada tahun ini luar biasa kerana mereka telah pun dua tahun tidak dapat berkunjung balik hari raya dan merayakan hari raya.
"Jadi momentum dalam kalangan masyarakat di sini saya lihat agak luar biasa dan mereka terlampau teruja. Dan apa yang saya ingin ingatkan bahawa apabila kita berada dalam keadaan teruja, kita kena ingat balik bahawa keterujaan itu boleh mendatangkan padah. Kita kena berwaspada, sentiasa berada dalam keadaan sederhana. Apa pun juga kena bersederhana," katanya.
Dalam pada itu, Azizi turut menyaran masyarakat supaya dapat menjaga ketenteraman awam apabila menyambut hari raya Aidilfitri nanti.
Malah, orang ramai terutama pengguna jalan raya juga diingatkan untuk tidak melanggar enam kesalahan utama yang digariskan dalam Op Selamat 18 sempena Aidilfitri bermula 29 April hingga 8 Mei depan.
Enam kesalahan berkenaan adalah memandu melebihi had laju ditetapkan, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Jelasnya enam kesalahan berkenaan tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya individu yang melakukannya perlu menyelesaikan kes di mahkamah.