Skip to main content

Malaysia

Mendiang Claudia Theophillus selamat disemadi

51360566510_295x200.jpg
Mayat mendiang Claudia Theophillus, penerbit portal agensi berita Al-Jazeera yang meninggal dunia di Lubnan 2 Februari lalu selamat disemadikan tengahari tadi.

Mayat sebelum itu di bawa ke gereja ‘Church of Visitation’ di Seremban kira-kira pukul 9.45 pagi untuk upacara keagamaan.

Kira-kira 500 hadirin yang terdiri dari ibubapa dan sahabat handai mendiang memenuhi ruang gereja untuk memberi penghormatan terakhir.

Dua jam selepas upacara berkenaan, mendiang di bawa ke sebuah  kuil di Mantin untuk upacara pembakaran mayat.

Mayat mendiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 9.15 malam pada Sabtu.

Mendiang dikatakan terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti di pergunungan Baakleen, Lubnan, 2 Feb lalu.

Must Watch Video