Skip to main content

Malaysia

Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron

51431098190_295x200.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya David Cameron selepas menerajui parti Konservatif mencapai kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum United Kingdom (UK).

Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.

"Tahniah @David_Cameron. Hasil kepimpinan kerajaan anda, UK-Malaysia menjalin hubungan yang amat baik. Saya berharap dapat menjalin kerjasama dan hubungan yang lebih mendalam," kata Najib dalam catatan Twitter beliau hari ini. 


British Broadcasting Corporation (BBC) yang berpejabat di London melaporkan parti Konservatif memenangi 330 kerusi di Parlimen selepas pengumuman keputusan 649 daripada 650 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan pilihan raya itu membolehkan Konservatif memperoleh majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan, dan Cameron  kembali ke Downing Street untuk menyandang jawatan perdana menteri bagi penggal kedua.

Must Watch Video