Skip to main content

Malaysia

Mekanisme subsidi minyak T15, T20 di peringkat akhir - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 28 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Temu Anwar dan Majlis peluncuran pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar (foto) berkata kertas cadangan berkaitan pelan berkenaan telah dibentangkan beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican dan kini berada di peringkat akhir penelitian kerajaan. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memuktamadkan mekanisme kesinambungan subsidi minyak membabitkan golongan berpendapatan tinggi, termasuk kumpulan T15 dan T20, dalam masa terdekat susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik berlarutan di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kertas cadangan berkaitan pelan berkenaan telah dibentangkan beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican dan kini berada di peringkat akhir penelitian kerajaan.

“Ada atas kertas beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican.

“Kami sudah melalui dan mengadakan beberapa perbincangan berkaitan T20 atau T15.

"Kami sedang memuktamadkannya dan berharap dapat menyelesaikannya tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama mahasiswa India di Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Anwar turut mengulas berhubung pelan kesinambungan bekalan minyak negara yang dijangka diumumkan pada pertengahan bulan ini, mengambil kira perkembangan semasa pasaran tenaga global termasuk penutupan Selat Hormuz.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Must Watch Video