Skip to main content

Malaysia

MB Pahang dibenar keluar IJN

51718364480_tbMBPahang.jpg
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 Jun lepas.

Wan Rosdy yang berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam hantaran menerusi Facebook berkata beliau buat masa ini dinasihati doktor supaya banyak berehat dan perlu menjalani rawatan susulan.

"Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama lapan hari saya berada di IJN. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

"Insya-Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video