Skip to main content

Malaysia

Mayat lelaki ditemukan selepas jiran terhidu bau busuk di rumah Ipoh

71770254780_mayatgeneric.jpg
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian. - Gambar hiasan

IPOH: Mayat seorang lelaki dalam sebuah rumah di Taman Kledang Jaya, di sini, semalam selepas pihak polis menerima makluman daripada jiran berkenaan bau yang kurang menyenangkan dari rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, lelaki tempatan yang berusia 52 tahun ditemui kira-kira jam 11.26 pagi selepas pihak polis menerima maklumat daripada jiran.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

“Mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol serta pernah mengalami serangan angin ahmar ringan dan sedang menerima rawatan susulan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kematian mangsa dipercayai tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga si mati. 

 

 

Must Watch Video