Skip to main content

Malaysia

Mayat kanak-kanak perempuan jatuh jambatan di Padang Temusu dijumpai

81458004176_Drowning.jpg
Mayat kanak-kanak perempuan yang terjatuh di Sungai Kampung Tengah, Padang Temusu, pada Jumaat, dijumpai pagi tadi.

Mangsa dijumpai tersangkut pada timbunan sampah di Kampung Dakwah, di sini, 1.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Menurut komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Kanan 1 Mohamad Yunus Abu, mayat Nur Aishah Suhaimi, lapan tahun, dijumpai dalam keadaan tertiarap.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat.

Nur Aishah dilapor dihanyutkan air selepas terjatuh ketika bermain di atas sebuah jambatan kayu di kawasan tersebut.

Must Watch Video