Skip to main content

Malaysia

Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis

81430207692_295x200.jpg
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis Bersih, Mandeep Singh, hari ini ditahan polis sejurus memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi tentang perhimpunan #KitaLawan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang bulan lepas.

Menurut laman Twitter penasihat undang-undang Maria, Honey Tan, kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Mandeep turut menyampaikan berita penahanannya melalui laman Twitternya.




Kedua-dua mereka telah dibebaskan atas jaminan polis selepas beberapa jam.


Pada Selasa, Maria telah dipanggil polis untuk memberi keterangan  tentang pehimpunan 28 Mac itu.

Must Watch Video