Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Sabah berkurang, semua PPS di Membakut dan Tenom ditutup

Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini - BERNAMA
Di daerah Beaufort jumlah mangsa kekal 1,462 orang daripada 467 keluarga sejak pagi tadi. - Gambar fail

Sebanyak 1,462 mangsa banjir daripada 467 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah setakat tengah hari ini, berbanding  6,462 orang daripada 2,124 keluarga pada 8 pagi tadi. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan penurunan jumlah mangsa itu disebabkan semua PPS di daerah Membakut dan Tenom telah ditutup dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di daerah Beaufort jumlah mangsa kekal 1,462 orang daripada 467 keluarga sejak pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di Pedalaman negeri itu akan mengalami hujan pada sebelah petang dan malam ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video