Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Ipoh berkurang pagi ini

Ipoh, Banjir, PPS
- Foto APM/JBPM Perak

IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Kinta berkurangan kepada 11 orang daripada lima keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 26 orang daripada 10 keluarga semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi.

“Kesemua mereka adalah mangsa daripada Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran juga memaklumkan terdapat dua sungai yang berada pada tahap bahaya melibatkan daerah Hilir Perak dan Muallim.

“Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras 3.95 meter (m) manakala Sungai Slim di Slim River pula mencatatkan 25.46m,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan pagi ini di beberapa daerah di Perak membabitkan Larut, Matang, Selama; Manjung, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video