Skip to main content

Malaysia

Mana mati dulu? Melayu, Muslim atau Malaysia? soal Mat Luthfi

81442314778_Berdialogdenganora.jpg
Personaliti yang terkenal dengan blog videonya, Mat Luthfi bertanya soalan penting yang perlu dijawab oleh seluruh rakyat Malaysia dalam video terbarunya 'Berdialog Dengan Orang Gua'.

Dalam video berdurasi sembilan minit itu, cerita berkisar perhubungan dua sahabat antara Mat dan Seng, seorang berbangsa Melayu dan Cina dari Malaysia yang menuntut di luar negara.

Hubungan baik mereka turut dirumitkan dengan rakan sesama bangsa yang bersikap prejudis terhadap bangsa lain.

Sempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini, saksikan video penuh bermakna ini untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

Kongsi pandangan anda. Bahagian manakah yang paling penting? Bangsa, agama atau negara?

Must Watch Video