Skip to main content

Malaysia

Malaysia dijangka terima vaksin Februari 2021, ini lima perkara anda perlu tahu

41579073496_Vaccine.jpg
PUTRAJAYA:Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjangkakan Malaysia bakal menerima vaksin suku pertama tahun 2021.

Ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan:

1) 26.5 juta iaitu 82.8 peratus populasi rakyat Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19.

2) Penerima vaksin fasa pertama adalah berdasarkan penilaian risiko jangkitan COVID-19.

3) Kerajaan menjangkakan menerima satu juta dos vaksin pertama dari syarikat pengeluar Pfizer pada Februari 2021.

4) Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 ditubuhkan pantau pelaksanaan pemberian vaksin

5) Pembelian dos vaksin setakat ini, AstraZeneca (6.4 juta ), Pfizer (12.8 juta), Sinovac (14 juta), CanSinoBIO (3.5 juta), The Gamaleya Institute (Sputnik V) (6.4 juta).

Must Watch Video