Skip to main content

Malaysia

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS

61695438466_KenyataanMedia.jpg
PUTRAJAYA: Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) mengembalikan semula status bebas penyakit kuda Afrika (AHS) kepada Malaysia pada 15 Sept lepas setelah status itu digantung pada Ogos 2020, susulan terdapat kes di Terengganu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada jabatan itu.

"WOAH melalui suratnya kepada DVS telah menyatakan bahawa Malaysia telah memenuhi syarat yang ditentukan oleh badan itu melalui Resolusi No.15 bagi mendapatkan semula status bebas AHS yang telah digantung berikutan kejadian penyakit tersebut pada Ogos 2020.

"Dalam memastikan status bebas ini dapat dikekalkan, DVS akan terus menjalankan ujian makmal bagi keperluan survelan AHS berdasarkan Article 12.1.5 Terrestrial Animal Health Code," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu DVS komited memastikan haiwan dan ternakan di dalam negara bebas daripada sebarang ancaman penyakit.

-- BERNAMA

Must Watch Video