Skip to main content

Malaysia

Loke kongsi video papar komitmen MOT perkasa pengangkutan awam

51703951543_anthonylokeMOT.jpg
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini memuat naik video pendek menerusi akaun Instagram beliau mengenai komitmen berterusan kementeriannya dalam memperkasakan sektor pengangkutan awam demi kesejahteraan rakyat.

Video berdurasi dua minit itu memaparkan pelbagai inisiatif yang telah dilakukan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara dengan mengambil kira permintaan pengguna.

Antara inisiatif yang dikongsikan meliputi Program FLYsiswa yang memberi manfaat kepada 50,000 pelajar, pas My50 yang masih berterusan dan pelaksanaan perkhidmatan Komuter Utara bagi laluan Ipoh ke Pulau Pinang.

Selain itu, video itu turut menyentuh inisiatif penambahan bilangan perkhidmatan kereta api dari Kedah, jumlah feri di Pulau Pinang selain meningkatkan kekerapan perkhidmatan rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) kepada tiga minit pada waktu puncak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anthony Loke Siew Fook


Must Watch Video