Skip to main content

Malaysia

Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran

Smoke rises after strikes on the Mahshahr Petrochemical Zone in Bandar Mahshahr County, Khuzestan Province, Iran, in this handout picture released April 4, 2026, and obtained from a social media video. SOCIAL MEDIA/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. NO RESALES. NO ARCHIVES. VERIFICATION LINE: Reuters confirmed the location from the flare and smoke stacks, towers, plant buildings, road layout and trees, which matched satellite imagery of the Mahshahr Petrochemical Zo
Asap kelihatan selepas serangan ke atas Zon Petrokimia Mahshahr di Daerah Bandar Mahshahr, Wilayah Khuzestan, Iran. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 170 yang lain cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang menyasarkan kemudahan petrokimia di barat daya Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media kerajaan.

Agensi berita IRNA memetik seorang pegawai tempatan di wilayah Khuzestan sebagai berkata serangan itu menimpa beberapa syarikat di Zon Ekonomi Khas Mahshahr untuk petrokimia.

Pegawai itu berkata mangsa yang cedera menerima rawatan dengan kebanyakannya dibenarkan keluar sebagai pesakit luar.

Awal hari ini, agensi berita separuh rasmi Iran Fars melaporkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam serangan AS-Israel yang menyasarkan zon petrokimia khas Mahshahr dan Bandar Imam Iran pada Sabtu.

Serangan itu juga menyasarkan kemudahan petrokimia Fajr, Rejal dan Amir-Kabir di wilayah Khuzestan barat daya Iran, menurut agensi berita itu, memetik timbalan gabenor wilayah untuk keselamatan.

Walaupun sebahagian tapak petrokimia Bandar Imam musnah, tiada kerosakan dilaporkan di kemudahan Amir-Kabir.

Dalam perkembangan lain, AA melaporkan Pasukan Mobilisasi Popular Iraq memaklumkan pada awal Ahad bahawa serangan AS-Israel menyasarkan salah satu ibu pejabatnya di wilayah Salahaddin.

Menurut pasukan itu, dua serangan udara disasarkan ke atas Rejimen Keempat Briged 52 di lapangan terbang Hilewa di daerah Tuz Khurmatu.

Rejimen itu adalah sebahagian daripada Komando Operasi Tigris Utara dan Timur Pasukan Mobilisasi Popular, menurut pasukan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun serangan menyebabkan kerosakan harta benda.

Ketegangan serantau terus meningkat sejak Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Konflik menyebabkan korban dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

 

Must Watch Video