Skip to main content

Malaysia

Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan maut dalam kemalangan di Serian

LIMA SEKELUARGA TERMASUK BAYI PEREMPUAN MAUT DALAM KEMALANGAN DI SERIAN
Satu kemalangan berlaku di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, pagi ini, mengakibatkan lima sekeluarga maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dan seorang bayi perempuan. - Gambar hiasan/Astro AWANI

KUCHING: Lima sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.41 pagi.

Menurut kenyataan itu, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang paip air.

“Mangsa maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dan seorang bayi perempuan.

“Pasukan bomba telah mengeluarkan empat mangsa dewasa dari kenderaan, manakala bayi perempuan ditemukan oleh orang awam berhampiran lokasi kejadian, dan dipercayai tercampak dari kenderaan semasa kemalangan,” menurut JBPM Sarawak.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement