Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut, bas ekspres terbabas langgar tiang papan tanda

81760144576_Kemalangan.jpg
SERI KEMBANGAN: Seorang maut, manakala 18 lagi selamat selepas bas ekspres dinaiki terbabas melanggar tiang papan tanda di Kilometer 293.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.57 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Seri Kembangan serta BBP KLIA telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat 19 mangsa termasuk pemandu bas terbabit.

"Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala 18 lagi mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiga mangsa telah dikeluarkan oleh bomba dan selebihnya keluar sendiri sebelum ketibaan anggota operasi.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan. - Sinar Harian







Must Watch Video