Skip to main content

Malaysia

Lelaki ditemui mati di Lebuh Macallum

81389756546_295x200.jpg
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditikam di tepi jalan di Lebuh Macallum George Town kira-kira jam 11 malam tadi.

Mangsa berusia 41 tahun ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata mangsa maut dit empat kejadian akibat kecederaan parah di rusuk kiri akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

Siasatan awal mendapati mangsa  bekerja di sebuah pasar di Lebuh Cicil dan mayatnya ditemui tidak jauh dari lokasi dia bekerja.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat dibalai polis berdekatan.

Mayat mangsa dihantar ke hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Must Watch Video