Skip to main content

Malaysia

Lelaki ditahan disyaki curi kabel KTMB

61741843473_handcuff.jpg
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan landasan kereta api Kilometer 181.9 berhampiran Jalan Tun Perak, semalam. - Foto hiasan

IPOH: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan landasan kereta api Kilometer 181.9 berhampiran Jalan Tun Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 4.30 petang oleh polis bantuan KTMB bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Pihak polis turut merampas satu beg plastik mengandungi tiga gulung kabel disyaki milik KTMB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif terhadap dadah jenis methamphetamine dan dia juga memiliki tujuh rekod pelbagai kes jenayah serta 15 rekod dadah.

Lelaki itu kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 66 Akta Keretapi 1991.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video