Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Anak pemimpin Hamas cedera dalam serangan Israel di Gaza

FILE PHOTO: A drone view shows damaged and destroyed buildings, destroyed in the Israeli military offensive, following a ceasefire between Israel and Hamas, in Khan Younis in the southern Gaza Strip January 24, 2025. REUTERS/Mohammed Salem/File Photo
Pandangan dron menunjukkan bangunan yang rosak dan musnah akibat operasi ketenteraan Israel. - Foto REUTERS

GAZA: Seorang anak kepada pemimpin biro politik Hamas, Khalil al-Hayya, dilaporkan cedera dalam serangan udara Israel di Gaza City, menurut pengesahan beliau kepada media.

Serangan yang berlaku di kawasan Daraj itu mengorbankan seorang individu serta mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain.

Dalam reaksinya, Khalil menyifatkan serangan tersebut sebagai sebahagian daripada “pencerobohan berterusan” Israel terhadap rakyat Palestin, termasuk usaha menyasarkan kepimpinan dan wakil rundingan mereka.

“Serangan jenayah ini adalah kesinambungan pencerobohan Zionis terhadap rakyat kami di mana sahaja mereka berada,” katanya, sambil merujuk juga kepada tekanan terhadap delegasi rundingan Palestin.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan itu tidak akan menggugat pendirian Hamas.

“Pembunuhan anak-anak kami dan syahidnya pemimpin kami tidak akan menakutkan kami,” katanya.

Serangan terbaru itu berlaku di tengah peningkatan ketegangan di Gaza, dengan operasi ketenteraan berterusan yang terus mengorbankan nyawa orang awam dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.
 

Must Watch Video