Anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina kerana ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
Itu antara perkara yang ditegaskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu di Nilai, hari ini.
βBahasa Cina itu bahasa ekonomi serantau yang strategik. Penguasaan bahasa-bahasa lain bukan sahaja perlu diterima tetapi dipupuk.
βIni boleh berlaku asalkan penerimaan bahasa dilakukan tanpa mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
βSaya mengusulkan lebih ramai anak Melayu menguasai bahasa Cina kerana ia bahasa ekonomi serantau,β kata Anwar.
Seminar Kebangsaan itu merupakan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan objektif meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang peranan orang Islam dalam era Malaysia Baharu.