Skip to main content

Malaysia

Ku Chin Wah bebas dari tuduhan gagal isytihar perolehan harta

41495773304_BekasKetuaJabatan.jpg
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dari pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytiharkan perolehan harta, empat tahun lepas.

Hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ku sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan  Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed dan Ku diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.




Must Watch Video