Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis

SEREMBAN, 27 Nov -- Penunggang motosikal mengisi minyak petrol RON95 ke dalam tangki motosikalnya di sebuah stesen minyak hari ini.  Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar yang sedang dipertimbangkan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada.  Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter sehingga kini, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua pr
Harga RON95 bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026 ditetapkan pada kadar RM3.87 seliter (tanpa subsidi), manakala RM1.99 bagi pengguna yang layak dibawah inisiatif BUDI95 - foto/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 bersubsidi melalui inisiatif BUDI95 wajar dinaikkan kepada RM2.05.  

Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata tindakan ini bagi mengurangkan tekanan fiskal negara walaupun kedudukan kewangan negara dilihat kukuh untuk berdepan dengan ketidaktentuan global.

"Dalam hal ini, saya berpendapat kerajaan masih ada ruang fiskal untuk tambah subsidi atau rasionalisasi subsidi BUDI95. Mungkin harga RM1.99 boleh diselaraskan kepada RM2.05 seperti sebelum ini.  

“Atau, dengan data-data yang ada sekarang, kerajaan boleh buat pelarasan untuk jadikan BUDI95 lebih bersasar. Ketika ini ia disasarkan kepada rakyat Malaysia, dan mengecualikan bukan rakyat Malaysia. Bagi saya itu masih terlalu luas kerana semua rakyat Malaysia masih dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
 

Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis


Tambahnya, penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak dengan memanfaatkan data penggunaan yang ada juga wajar dipertimbangkan.

Ketika ini, wilayah borneo menikmati diesel bersubsidi secara pukal pada kadar RM2.15, berbanding pengguna di Semenanjung Malaysia yang perlu berjaya didaftarkan BUDI MADANI; BUDI MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi atau BUDI Individu, untuk layak mendapat bahan api berkenaan pada harga subsidi.

Dalam temu bual sama, Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim bersetuju dengan cadangan penyasaran semula subsidi diesel di Sabah Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar sebarang keuntungan tambahan yang diterima oleh PETRONAS susulan kenaikan harga minyak diagihkan kepada program subsidi kerajaan yang lain.

“Kita sudah masuk minggu keempat krisis ini. Dalam pengurusan krisis, pada setiap enam minggu, strategi untuk berdepan dengan situasi ekonomi perlu dibuat dengan mencerap data penggunaan,” tambahnya.

Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran telah memaksa republik Islam itu menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan perdagangan bagi kira-kira 20 peratus bekalan minyak global.

Lanjutan itu, harga minyak mengalami lonjakan mendadak dengan minyak Brent memuncak pada kadar USD119 setong pada 19 Mac lalu. Setakat Khamis, harga minyak mentah tersebut direkodkan pada AS$107 setong.

Situasi ini juga telah menyebabkan bekalan bahan api ke banyak negara terganggu sehingga menyebabkan negara-negara seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Filipina bertindak memperkenalkan dasar yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api; inisiatif bekerja dari rumah (BDR), mengurangkan hari bersekolah dalam seminggu dan sebagainya. 
 

Dialog Tiga Penjuru: Perang Dunia Ketiga, Perang Ekonomi?

Must Watch Video