Skip to main content

Malaysia

Ketua Polis Negara nafi anak pemimpin politik ditahan di Singapura

71584160166_ketuapolis.jpg
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan laporan anak lelaki kepada seorang pemimpin politik kanan Malaysia ditahan di lapangan terbang Singapura.

"Laporan itu tidak benar," kata Abdul Hamid ketika dihubungi oleh Bernama pada Sabtu.

Beliau ditanya mengenai laporan media yang mendakwa seorang anak pemimpin kanan sebuah parti politik di Malaysia yang ditahan di Singapura kerana membawa masuk RM8.5 juta ke negara itu tanpa mengisytiharkannya.

Laporan berkenaan turut mendakwa, seorang lelaki yang mempunyai gelaran Tan Sri turut mempunyai kaitan dalam kes tersebut. - BERNAMA

Must Watch Video