Skip to main content

Malaysia

Kes kedua disyaki Ebola dikesan di Kuching

81410773480_295x200.jpg
Pegawai kesihatan di Kuching, Sarawak dilaporkan sedangkan menjalankan pemantauan berkaitan satu kes yang disyaki ada kaitan dengan kes jangkitan virus Ebola.

Perkara itu disahkan oleh  Pengarah Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Zulkifli Jantan, lapor Malay Mail Online.

“Ya, satu siasatan sedang dijalankan. Tiada maklumat lagi, dia hanya seorang suspek,” kata Zulkifli yang turut berkata orang ramai tidak perlu bimbang.

Suspek terbabit dipercayai seorang lelaki dari negara Afrika dan mengalami demam panas.

Ini adalah kes kedua yang disyaki membabitkan jangkitan virus Ebola, kes pertama dilaporkan di Perak minggu lalu tetapi keputusan ujian  mendapati ia negatif.

Wabak Ebola yang melanda negara-negara barat Afrika telah meragut lebih 2,000 nyawa tahun ini.

Must Watch Video