Skip to main content

Malaysia

Kerajaan perketat kawalan keselamatan fasiliti LNG di Bintulu - MKN

61757367826_TBpetronas.jpg
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan semua fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) atau gas asli cecair di Bintulu, Sarawak untuk memperketat kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman keselamatan terhadap fasiliti berkenaan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan semalam memaklumkan langkah itu bagi membolehkan pihak keselamatan dan agensi berkaitan melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman itu.

"Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

MKN memaklumkan agensi keselamatan negara kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan dan telah mengambil langkah kawalan terhadap ancaman keselamatan tersebut.


-- BERNAMA



Must Watch Video