Skip to main content

Malaysia

Keputusan UPSR 2016 diumum esok

71478878203_950x600.jpg
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan esok, (Khamis, 17 Nov).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan sebelum ini berkata calon UPSR boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi esok.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi Khamis dan tamat pada 11.59 malam 23 November depan.

Seramai 452,721 calon berdaftar menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.

Must Watch Video