Skip to main content

Malaysia

Kenyataan Na'im tentang kos penjenamaan benar - Tabung Haji

41734605375_TBtabunghajijp.jpg
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Na’im Mokhtar pada 18 Ogos lalu di Dewan Rakyat berhubung penjenamaan semula institusi kewangan umat Islam itu adalah benar.

TH dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran dan audit serta pelan  penjenamaan.

Fi itu juga merangkumi kos perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman, tambah kenyataan itu.

Setakat ini, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, TH turut menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat menerusi inisiatif ini.

TH turut menzahirkan komitmentnya untuk memastikan semua keputusan diambil mengikuti garis panduan yang tepat dalam memastikan kepentingan para pendeposit.

Pada 18 Ogos lalu, Naim memberi penjelasan rasmi berhubung isu berkaitan penjenaman semula TH  dilakukan melalui proses rundingan terus dan tidak melibatkan dalam urusan dasar institusi itu.



Must Watch Video