Skip to main content

Malaysia

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

51702249500_SultanIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


LATAR BELAKANG
  • Dilahirkan pada 22 November 1958, di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Baginda merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.

    PERISTIWA PENTING 
  • 3 Julai 1981: Dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.
  • 22 September 1982: Mendirikan rumah tangga bersama DYMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
  • 25 April 1984 - 25 April 1989: Dilantik sebagai Pemangku Raja.
  • 23 Januari 2010: Dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.

PENDIDIKAN
  • Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
  • Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.
  • Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.
  • 1968 - 1970: Trinity Grammar School, Sydney, Australia.
  • 1971 - 1975: English College (Maktab Sultan Abu Bakar).
  • Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat di mana Baginda melengkapi dua kursus - ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Law of the Seas’.
     
LATIHAN KETENTERAAN 
  • Platun komander di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi.
  • Pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat.
  • Latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.
  • 19 terjunan payung terjun bersama American Special Forces dan Pathfinder.
  • Ditauliah sayap dan mendapat pengiktirafan sebagai Komando.
  • Ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL.
  • Ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia.
  • Menjalani latihan juruterbang helikopter bersama TUDM dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.
  • Baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, sekali gus melengkapkan Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran.

Must Watch Video