Skip to main content

Malaysia

Kementerian Pertahanan meterai 24 kontrak, ICP bernilai RM3.54 bilion

KUALA LUMPUR, April 22 -- Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin speaks at a press conference after witnessing Contract Signing and Industrial Collaboration Programme (ICP) Award Ceremony in conjunction with the Defence Services Asia (DSA) and National International Security Exhibition (NATSEC) Asia 2026 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) today.  --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tempoh kontrak bergantung kepada syarikat pembuat kapal dan pengeluar peralatan tulen (OEM) yang terlibat. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memeterai 24 kontrak dan Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM3.54 bilion di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.

Pemeteraian itu merangkumi 12 kontrak perolehan, empat Surat Niat bernilai RM1.01 bilion serta lapan perjanjian nilai kredit ICP bernilai RM1.40 bilion.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tempoh kontrak bergantung kepada syarikat pembuat kapal dan pengeluar peralatan tulen (OEM) yang terlibat. 

Beliau berkata jumlah kontrak dan ICP yang dimeterai pada pameran kali ini adalah rendah berbanding angka ketika acara yang sama dua tahun lepas.

“Ini kerana seperti kita sudah maklum pada awal tahun ini, kita membekukan semua proses pertimbangan perolehan bagi kontrak kerana perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Itu bukan bermakna tidak ada lagi perolehan sebaliknya kerana dua bulan, tiga bulan kita tidak melaksanakan apa-apa proses, maka yang kita tandatangan adalah seperti yang kita saksikan pada hari ini,” katanya pada sidang media penganugerahan dan pemeteraian kontrak dan ICP di sini, hari ini.

Pameran edisi ke-19  itu mencatatkan penyertaan 1,456 syarikat pempamer dari 63 negara berbanding 1,324 syarikat dari 60 negara pada 2024.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video