Skip to main content

Malaysia

Kementerian Kesihatan nafi Vitagen sebabkan kanser perut

61429581629_295x200.jpg
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa minuman susu kultur, Vitagen boleh menyebabkan kanser perut kepada kanak-kanak.

Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

"Kanser perut selalunya berlaku kepada orang-orang tua. Bagi kanak-kanak, ia tiada kaitan langsung dengan Vitagen.

"Jadi, jangan bimbang, ia selamat diminum," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Laman sosial termasuk aplikasi 'WhatsApp' menyebut kebimbangan orang ramai untuk memberi Vitagen kepada anak-anak mereka kerana khuatir ia boleh menyebabkan kanser perut.

Must Watch Video