Skip to main content

Malaysia

Kementerian Kesihatan arah pengeluar produk kosmetik perkemas GMP

81434894884_HILMIYAHAYA.jpg
Kementerian Kesihatan mengarahkan pengeluar produk kosmetik untuk memperkemaskan Amalan Pengilangan Baik (GMP)  bagi membolehkan mereka mengesan kewujudan bahan terlarang di dalam produk keluaran mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pengeluar  juga perlu menjaga kualiti pengeluaran bagi memastikan setiap produk yang dikeluarkan mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh kementerian.

Dr Hilmi berkata demikian  ketika mengulas  isu produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro-9, keluaran Syarikat Vida Beauty yang diarahkan ditarik balik dari pasaran berikutan penemuan racun berjadual  iaitu merkuri dalam sampel produk berkenaan.


BACA: Produk Qu Puteh mengandungi merkuri, KKM larang penjualan

BACA: 'Jangan risau guna produk Qu Puteh yang lain' - Datuk Vida


Dr Hilmi yang ditemui ketika Program Ziarah Kasih Sayang Parlimen Balik Pulau, di Teluk Kumbar, pada Sabtu turut mengesahkan hanya satu produk keluaran syarikat itu iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 yang dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi, manakala produk-produk  lain keluaran syarikat berkenaan selamat digunakan.

Katanya lagi, kementeriannya sentiasa mengadakan pemantauan dan ujian ke atas  setiap sampel  produk-produk kosmetik yang terdapat di pasaran  termasuk produk Qu Puteh dari semasa ke semasa.

Kementerian Kesihatan telahpun  mengarahkan produk tersebut ditarik balik  dalam tempoh 72 jam termasuk akan memanggil pengeluarnya bagi memberi penjelasan berhubung  perkara itu.

Must Watch Video