Skip to main content

Malaysia

KDN tubuh jawatankuasa tambah baik MyIMMS

51448705845_NurJazlanMohamed.jpg
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk penambahbaikkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) bagi meningkatkan keselamatan pintu masuk negara.

Jawatankuasa terbabit akan melihat secara holistik mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan sistem itu yang telah lama diguna pakai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sistem sedia ada kini hanya merekodkan perjalanan keluar dan masuk sahaja.

Katanya, ia tidak mampu mengesan sama ada pasport tersebut digunakan oleh individu sebenar atau sebaliknya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas perasmian Kursus Pertanian Berteknologi Moden di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Jelasnya lagi jawatankuasa itu juga akan melihat secara menyeluruh sistem lain yang berkaitan agar ciri-ciri keselamatan dipintu masuk selari dengan keadaan semasa.

Must Watch Video