Skip to main content

Malaysia

Kawasan belukar berhampiran UiTM Puncak Perdana terbakar

71761738185_kebakaranpuncakp.jpg
KUALA LUMPUR: Kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan belukar berhampiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana hari ini.

Menerusi visual dikongsikan di media sosial, kebakaran dilihat merebak dengan asap tebal menyelubungi langit.

Berdasarkan visual dikongsikan, beberapa jentera bomba juga dilihat sedang menuju ke lokasi kebakaran.

Bagaimanapun setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

Astro AWANI masih sedang cuba mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai insiden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

BERITA LANJUT MENYUSUL






Must Watch Video