Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak mangsa dera tunjuk perkembangan positif - Pengarah Kesihatan

81479965644_mangsaderabayi.jpg
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya menunjukkan perkembangan semakin positif.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kanak-kanak tersebut yang sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani berada dalam keadaan stabil.

"Dia berada dalam keadaan baik dan telah mula bercakap. Selain itu, dia juga mula dapat mengambil makanan secara oral," katanya kepada Bernama.

Kes tersebut terbongkar apabila kira-kira 1.25 pagi Khamis lalu, pihak polis menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibungkus dengan toto dan diletakkan di dalam tong ikan oleh teman lelaki ibunya di Flat Paya Nahu, Sungai Petani. - BERNAMA

Must Watch Video