Skip to main content

Malaysia

Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses

Kamus Dewan Perdana versi web akhirnya dilancarkan pada 10 April lalu selepas menjalani beberapa proses ujian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun lalu.
Kamus Dewan Perdana. - Foto Amanz

KAMUS Dewan Perdana versi web akhirnya dilancarkan pada 10 April lalu selepas menjalani beberapa proses ujian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun lalu.

Menerusi laman ini, pengguna boleh melihat takrifan perkataan, contoh penggunaannya, sebutan dan ejaan Jawi.

Setiap kata kini diberi nombor pengenalannya tersendiri, dan dipaparkan secara lebih tersusun apabila sebarang carian dibuat.

Hasil carian dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kata entri, kata terbitan dan asal usul kata.

Statistik carian tertinggi harian juga akan dipaparkan untuk melihat carian perkataan yang sedang tular.

Apabila dilancarkan tahun depan, ia boleh diakses orang ramai secara cuma untuk tempoh yang terhad sebelum bayaran langganan akan dikenakan.

Pihak DBP belum lagi mengumumkan apakah bayaran yang dikenakan.

Akhir sekali DBP turut bercadang untuk mengembangkan kandungan dengan kamus-kamus lain secara beransur-ansur.

Yang menjadi persoalan kelak ialah sama ada selepas pelancaran Kamus Dewan Perdana versi web ini nanti, laman DBP Pusat Rujukan Persuratan Melayu akan diteruskan ataupun tidak.

Ia menawarkan fungsi yang sama dan turut mempunyai ciri pertanyaan penggunaan perkataan yang betul secara percuma.

Untuk mengakses Kamus Dewan Perdana sila ke pautan ini Kamus Dewan Perdana

Must Watch Video