Skip to main content

Malaysia

Jururawat maut terkena renjatan elektrik pemanas air

Sumber: Sinar Harian
Habibi maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air. - Foto Sinar Harian

MACHANG: Seorang jururawat maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air di sini pada Isnin.

Mangsa, Habibi Hussin, 46, yang mempunyai dua orang anak merupakan jururawat yang bertugas di Hospital Tanah Merah.

Kejadian dikatakan berlaku di rumah mangsa di Machang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

"Mangsa meninggal dunia kira-kira jam 3.50 petang di Hospital Machang," katanya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video