Skip to main content

Advertisement

Malaysia

JAS jalankan siasatan terperinci isu pencemaran Sungai Semantan

81442740422_WanJunaidi.jpg
SAYA telah  mengarahkan  Jabatan  Alam  Sekitar (JAS) untuk  menjalankan siasatan berikutan  aduan  air mentah  yang  disalurkan  ke Selangor  dari muka sauk di Sungai  Semantan, Pahang  yang dilaporkan  baru-baru ini.

Saya  telah  diberikan  laporan  awal  oleh  JAS  mengenai  isu  tersebut. 

Pada 7 Oktober  2016 pada  jam  9:30 malam,  JAS Cawangan Temerloh  telah  menerima  maklumat  daripada  Bahagian  Kawal  Selia  Air Pahang  berhubung  masalah  air yang  berbau  di Loji Sungai  Langat, Selangor pada  7 Oktober  2016. 

Maklumat  susulan  yang  diterima  dari  pihak  Bahagian Kawal  Selia Air Pahang  pada jam 11:00 malam  memaklumkan  keadaan kualiti air di Sungai  Semantan  adalah baik dan tidak berbau.

Namun  demikian,  JAS telah  dimaklumkan  sekali lagi  pada 8 Oktober bahawa air berbau telah dikesan di muka  sauk Sungai  Semantan.

Siasatan  komprehensif  telah  dijalankan  oleh  oleh  JAS pada  8 Oktober  2016 dan didapati  keadaan air telah kembali  normal  serta tiada lagi kesan bau pada badan  air  Sungai  Semantan.  Pemerhatian  mendapati  keadaan  air  secara fizikalnya  adalah  jernih dan tidak berbau.

Untuk  makluman,  terdapat  satu  loji  rawatan  air  di  hilir  kawasan  intake  air Sungai Semantan  iaitu  Loji  Rawatan Air Mempateh  (LRA  Mempateh), Lanchang. 

Maklumat  dari pihak LRA Mempate h  memaklumkan  bahawa pihak loji meneruskan  operasi seperti biasa dan tidak  berhadapan  dengan  masalah bau. 

Pemeriksaan  juga  dijalankan di sepanjang Sungai Semantan dan pemerhatian mendapati keadaan air adalah jernih  dan  tidak berbau.

JAS  telah  menjalankan  siasatan ke atas sebuah premis di kawasan Perindustrian Bentong. 

Pemeriksaan  mendapati  pihak  kilang patuh kepada peraturan-peraturan  di bawah JAS. 

Tiada pelepasan effluen dari premis dan premis ini adalah merupakan  premis yeng mengamalkan  ”zero
discharge”. 

Siasatan  turut  diteruskan  terhadap  premis  lain  dan  didapati pemeriksaan  mendapati  pihak  kilang  sedang  menjalankan  kerja-kerja penyelengaraan  ke atas loji  rawatan  effluen  untuk meningkatkan  keupayaan rawatan effluen. 

Sepanjang  pemeriksaan  ke atas sistem  pengolahan  effluen, didapati  effluen yang dilepaskan  ke alur air adalah jernih  dan tidak berbau. 

Pegawai  Jabatan  telah  meneruskan  siasatan ke atas premis  berkaitan  getah dan  mendapati  tiada  masalah  bau  dikesan  di  loji  rawatan  effluen  premis berkenaan.

Pemeriksaan  ke atas premis-premis  di kawasan  Bentong  juga  tidak menemui mana  mana  pelepasan  effluen  yang  berbau  terutamanya  bau  ”solvent”  iaitu penyebab  yang  disyaki  mendatangkan  masalah  bau  pada  air  Sungai Semantan.

JAS  akan  meneruskan  pemantauan  rapi  ke  atas  punca -punca lain  bagi mengesan  sebarang  ketidakakuran  yang  terjadi  dan  akan  mendapatkan laporan penuh aktiviti penyelenggaraan  sistem pengolahan effluen dari premis premis berkaitan.

Saya  dan  JAS  memandang  serius  isu  pencemaran  sungai  dan  JAS  dan sekiranya  berlaku  pelanggaran  undang- undang  di  bawah  Akta  Kualiti  Alam Sekeliling 1974 maka  pihak  JAS  tidak  akan  teragak-agak  untuk mengambil tindakan  tegas berhubung insiden tersebut.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri Sumber Asli dan Sekitar 

Must Watch Video