Skip to main content

Malaysia

Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM

81648127788_Iphone.jpg
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek turut meminta orang ramai menyemak kesahihan dengan menghubungi talian rasmi kementerian di 03-89115351, 03-89115188, 03-89115258 atau 03-89115265.

"Selain itu orang ramai dinasihatkan tidak memberi atau mendedahkan sebarang maklumat kepada pemanggil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebarang panggilan atau mesej yang disyaki menjurus kepada penipuan perlu dilaporkan terus kepada Pusat Respon Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

-- BERNAMA




Must Watch Video