Skip to main content

Malaysia

Jangan letakkan kesalahan kepada pendidikan bahasa ibunda -- MCA

81357895326_295x200.jpg
Pendidikan bahasa ibunda merupakan hak dan tidak boleh dijadikan alasan

Usul oleh Persatuan Pengguna Melayu-Islam untuk sistem pendidikan satu aliran adalah melampau dan tidak sesuai. Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan ini dan akan membuat laporan polis terhadap mereka kerana kenyataan mereka boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Mereka bersama 120 NGO lagi telah menyinggung emosi masyarakat Cina dengan mengeluarkan satu kenyataan bersama bagi mendesak kerajaan untuk menutup semua sekolah-sekolah vernakular dan untuk mengawal selia semua bahan-bahan sekolah swasta dan berpendapat perpaduan kaum dapat dicapai melalui perkara ini. Sebelum ini, gabungan NGO ini juga telah dipanggil untuk memboikot perniagaan Cina.

Jangan letakkan kesalahan kepada pendidikan bahasa ibunda

Ia penuh sesal bahawa masih terdapat segelintir orang yang masih meneruskan untuk pemansuhan pendidikan bahasa ibunda dan membesarkan isu sistem pendidikan satu aliran, kerana mereka percaya bahawa perpaduan nasional boleh dicapai jika semua orang belajar dalam bahasa yang sama. Ini adalah mereka yang berfikiran cetek mengenai kesalahan mereka dan cuba meletakkan kesalahan pada pendidikan bahasa ibunda.

Tuduhan berikut adalah tidak adil kepada semua masyarakat di Malaysia. Selagi kerajaan terus melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah yang adil kepada semua kaum, mereka akan terus menyokong kerajaan dan berbangga menggelar diri mereka rakyat Malaysia. Ini akan membawa kepada perpaduan negara.

Tiada siapa yang harus cuba untuk mewujudkan konfrontasi dengan menyelesaikan masalah perpaduan negara meletakkan kesalahan kepada pendidikan bahasa ibunda.

Dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan

Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pendidikan bahasa ibunda di bawah Perkara 152, yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tanpa sebarang larangan. Hak ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu, ia adalah munasabah semua sekolah tanpa mengira latar belakang dilayan dengan adil.

Sebarang perlakuan untuk mempersoalkan atau menghalang pembelajaran bahasa ibunda adalah tidak menghormati hak asasi kaum di Malaysia. Oleh itu, kumpulan-kumpulan ini perlu disalahkan dan disiasat oleh pihak polis.

Sekolah vernakular merupakan masyarakat kecil dalam masyarakat

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan asal-usul sekolah vernakular mencerminkan sifat ini. Selain itu, kira-kira 14% daripada orang bukan Cina juga belajar di sekolah-sekolah Cina. Oleh itu, daripada mencela pendidikan vernakular, ia perlu dilihat sebagai model untuk perpaduan kebangsaan di mana semua kaum boleh belajar bersama-sama.

Tindakan mereka yang berfikiran cetek dalam mengeluarkan dan menyebarkan polarisasi kaum yang bertentangan dengan saranan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak untuk program 1Malaysia. Jika kumpulan-kumpulan ini dibenarkan untuk terus membuat kenyataan bersifat perkauman, ini boleh mewujudkan jurang besar antara kaum dan akhirnya akan memusnahkan negara kita.

Saya juga ingin menekankan janji yang dibuat oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum pilihan raya bahawa pendidikan Cina akan dilindungi dan hak Perlembagaan untuk pendidikan bahasa ibunda mesti dihormati.

Topic Berkaitan

Must Watch Video