Skip to main content

Malaysia

Inkues Zara Qairina bersambung pagi ini

51757452677_MahkamahKotaKinabalu.jpg
KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah di sini.

Suasana di Mahkamah Koroner tenang dan terkawal di mana hanya pihak yang berkenaan dibenarkan berada di perkarangan kompleks.

Seawal jam 7 pagi, pasukan polis dilihat berkawal bagi memastikan keselamatan dan kelancaran prosiding, manakala petugas media mula berkumpul sejam kemudian untuk membuat liputan.

Tumpuan media hari ini masih kepada saksi dari Polis Diraja Malaysia Inspektor Maidon Bernandus dari Jabatan Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, sebagai saksi kelima dalam prosiding inkues.

Di luar kompleks mahkamah pula, hanya beberapa individu dilihat menunggu bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung prosiding itu.





Must Watch Video