Skip to main content

Malaysia

Ini realiti kehidupan miskin bandar Kuala Lumpur ketika PKP - UNICEF, UNFPA

51598252868_PPRSungaiBonus.jpg
GOLONGAN berpendapatan rendah, wanita dan kanak-kanak adalah individu yang paling terjejas akibat COVID-19.

Ini kerana mereka adalah kumpulan paling berisiko terhadap sebarang bentuk kejutan ekonomi.

Itu antara rumusan laporan Families on the Edge - Siri Ogos 2020 yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA).

Kajian itu melibatkan 500 ketua isi rumah serta temu bual dengan 30 responden yang majoritinya adalah wanita yang menjadi ketua keluarga. 

Ini fakta penting dan rumusan dapatan kajian tersebut:

1) Keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur terjejas teruk akibat krisis COVID-19, sama ada dibuang kerja, jam kerja dipotong dan berdepan pelbagai cabaran dalam mendapatkan perkhidmatan sosial seperti kesihatan dan pendidikan di rumah.
  • 25% ketua isi rumah menganggur, berbanding 5.3% pada Mei 2020
  • 31% berdepan potongan waktu bekerja
  • 30% sukar dapatkan perkhidmatan kesihatan semasa PKP
2) Keupayaan mereka mendepani krisis COVID-19 terhalang disebabkan simpanan yang kurang, akses yang terhad kepada pelindungan sosial pekerjaan selain kewujudan individu berkeperluan khas dalam isi rumah seperti warga emas, orang kurang upaya dan pesakit kronik.
  • 17% akui simpanan mereka hanya dapat bertahan selama satu bulan
  • 52% ketua isi rumah tidak dilindungi KWSP atau PERKESO
  • 8% jumlah anggota isi rumah mempunyai individu cacat, penyakit kronik
3) Wanita yang mengetuai isi rumah merupakan mereka yang dibuang kerja selain kadar akses kepada perlindungan sosial yang rendah.
  • 32% ketua isi rumah wanita menganggur
  • 57% tidak mempunyai perlindungan sosial pekerjaan
4) Kanak-kanak dalam isi keluarga ini juga berdepan kemerosotan kualiti makanan disebabkan perubahan pada pengambilan makanan. Kualiti pendidikan turut terjejas ekoran kesukaran meneruskan pembelajaran di rumah.
  • 52% menggunakan lebih banyak telur
  • 40% menggunakan lebih banyak mi segera
  • 21% tidak terlibat dalam pembelajaran dalam talian dari rumah
  • 42% tidak mempunyai peralatan e-pembelajaran
5) Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menjadi antara usaha yang diakui banyak membantu mereka. Pada masa sama, mereka turut menyuarakan harapan supaya lebih banyak bantuan mampan dilaksana untuk mereka bangkit kembali.
  • 55% akui BPN bantuan paling bermanfaat semasa PKP
  • Isi rumah tidak dapat bantuan kerajaan disebabkan hilang kelayakkan kerana pendaftaran SSM, masalah logistik
6) Wanita dan kanak-kanak dalam isi rumah ini menunjukkan daya tahan luar biasa mendepani krisis ini. Mereka mengukuhkan jaringan bersama keluarga dan komuniti, saling membantu pada ketika ini.
  • Berkongsi penjagaan isi rumah
  • Menjual barang berharga / emas untuk menyara diri

Must Watch Video