Skip to main content

Malaysia

Ikan lumba-lumba ditemui mati di Pantai Tanjung Tokong

61752822237_tbIkanlumbamati.jpg
GEORGE TOWN: Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di George Town, Isnin lalu.

Jabatan Perikanan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima laporan penemuan bangkai ikan lumba-lumba spesies finless porpoise itu daripada orang awam sebelum Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Pulau Pinang bergegas ke tempat kejadian.

"Ikan lumba-lumba itu berukuran kira-kira 1.4 meter panjang.

"Pihak Jabatan Perikanan negeri juga merekodkan data berhubung penemuan ikan itu," menurut Jabatan Perikatan Pulau Pinang dalam kenyataan menerusi Facebooknya.

Bangkai ikan lumba-lumba itu ditanam di kawasan berhampiran untuk tujuan pelupusan manakala jabatan berkenaan mengalu-alukan kerjasama orang awam berhubung sebarang aduan berkaitan kematian mamalia marin di perairan negeri itu.



Must Watch Video